hmmm...aku memang tidak suka dengar gosip...lebih-lebih yang bercakap pasal keburukan atau kelemahan orang (hahaha kunun-kunun lar ar)...tadi ni, aku baru dengar gosip daripada seseorang...tapi dia tidak cakap GOSIP tau...dia cakap dia BANYAK INFO...hehehe...kadang-kadang bila fikir, orang yang banyak dengar cerita/gosip ni memang lebih banyak info tentang sesuatu perkara...contohnya macam perkembangan di sesuatu organisasi...banyak yang dia tahu...itu dan ini...kadang-kadang fikir, bagus jugak macam tu kan...tapi kadang-kadang fikir, buat apa kita mahu tahu berkenaan gosip yang negative? hmmmm...aku selalunya ambil cerita-cerita (aku lebih suka guna "cerita" berbanding "gosip") untuk lebih berhati-hati saja...contoh, macam orang tu cakap pasal orang ni begini, aku tidak ambil bulat-bulat cerita tu, tapi bila aku berhadapan dengan orang yang diperkatkan itu, aku akan lebih berhati-hati...kadang-kadang bila duduk bercerita dengan orang-orang dalam organisasi aku ni, rasa macam aku ni banyak sangat yang tidak tahu aka tidak tahu cerita lar hehehe...tapi apapun rasanya lebih bagus tidak tahu banyak gosip yang kita tidak tahu kebenaran dan juga gosip yang hanya keluar berdasarkan "andaian" semata-mata...bagus lagi banyak ber-ZIKIR ek ;) ...
Friday, September 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment